Aku tertanya-tanya kenapa seorang sahabat aku, sanggup membeli sekeping setem 30 sen yang dikatakan tersilap cetak pada harga rm 30? Pertanyaan itu membawa aku untuk lebih mengetahui apa nilai yang tersirat disebalik setem yang dikategorikan rejected itu sehingga nilainya boleh mencecah kenaikan 100 kali ganda dari nilai asal. Ia adalah berbeza sama sekali dengan nilai antiknya sesuatu barang, kerana selalunya barang yang di sebut antik itu dinilai oleh faktor masa,teknik pembuatan dan keasliannya. Contohnya, pasu tembikar yang berkualiti tinggi yang kita beli hari ini akan jatuh nilainya pada keesokan harinya tetapi nilainya mungkin meberpuluh-puluh bahkan meningkat
beratus-ratus kali ganda jika dijual seratus tahun kemudian. Para collector barangan antik akan melihat pada kesempurnaan atau keaslian reka bentuk dalam menentukan nilainya. Sudah tentu perkara utama yang menjadi asas ialah tempoh masa, lebih lama barangan itu lebih tinggi nilainya. Walaupun dari segi lain ia tetap subjektif, tetapi dari segi nilaian perbezaan tidak begitu ketara.
Ini berbeza dengan setem yang aku nyatakan tadi, ia masih baru bahkan mungkin baru beberapa minggu dikeluarkan tetapi nilainya sudah beratus kali ganda. Ia juga berbeza dengan koleksi Sambutan Hari Pertama yang lebih rasmi sifatnya. Ternyata jika dibandingkan dengan pasu tembikar tadi, setem ini lebih ekslusif. Sesuatu barang itu menjadi antik disebabkan pasangan yang sezaman dengannya mungkin telah tiada langsung atau semakin berkurangan di pasaran, eksklusifnya setem tersebut hanyalah semata-mata disebabkan kesilapan percetakan atau kesilapan manusia sendiri justeru ia menjadi ekslusif sejak hari pertama ia dikeluarkan. Cuba bayangkan anda mempunyai sekeping wang zaman sebelum merdeka dan sekeping wang terkini dengan tulisannya yang terbalik, yang manakah lebih bernilai bagi anda?
Justeru itu trend menyimpan barangan antik kini semakin berkurangan dan ia berganti dengan trend menyimpan limited edition terutamanya yang disebabkan oleh kesilapan. Siapa sangka hasil dari satu kesilapan boleh membawa nilai yang tidak di jangka akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
.. DARI KURNIAMULAH KAMI BERAKAL DAN MAHA SUCI ENGKAULAH,TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI SETIAP ISI HATI MAKHLUKNYA...